12 December, 2014

Kini, Duniaku bersama si kecil

Ahlan wasahlan..

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, kini kembali mencoret kata. Tamatnya dunia kampus, maka bermulalah perjalanan yang penuh berliku. Tika berada di alam kampus, tumpuan diberikan hanya pada pelajaran dan aktiviti sampingan. Bergiat aktif menjadi kebiasaan kerana dalam menyulam perkenalan bersama rakan baharu, ilmu dan pengalaman juga turut diperoleh.

      Sememangnya perasaan rindu sentiasa membuak-buak tatkala mengimbau kembali kenangan bersama teman-teman seperjuangan dan mereka yang banyak memberi memori yang indah sebelum mengakhiri zaman ini. Dari sehari ke sehari, wajah-wajah mereka yang disayangi dan dirindui bermain di minda. Alangkah indah jika waktu itu tidak berlalu tetapi siapalah kita mahu menolak hukumNya..Lambat laun, hari itu akan tiba jua. Malah, akan tiba jua hari pengakhiran kita semua.

    5 bulan meninggalkan dunia itu, kini duniaku bersama si kecil. Akur andai telah tertulis perjalananku sebagai guru si kecil. Ilmu dan pengalaman dapat ditimba sebaik mungkin. Benar kata orang, ilmu dan pengalaman bukan sekadar di dalam kelas sahaja. Ku senang dengan kehidupan baru ini. Mungkin ada yang memperlekehkan tugasku tidak seindah yang sepatutnya, namun ku bahagia kerana duniaku telah tertulis sebagai pendidik. Memang dari kecil, cita-citaku menyampaikan ilmu. Bukan mudah menyampaikan ilmu berbanding menerimanya. Apa lagi jika pendengarnya ialah si kecil. Tetapi syukur, tugasku tidak lari daripada bidang pembelajaranku. Matematik, ilmu yang ingin ku sampaikan agar mereka juga celik Matematik.

     Ikhlas...Ya, itu yang cuba ku terapkan dalam diri dan hati demi keberkatan dariNya. Walau apa jua amanah yang diberikan. akan ku galas dengan sebaik mungkin. Pengalaman itu adalah ilmu sebenar, bukan sekadar pada teori tetapi praktik. Masih ramai lagi mereka yang seangkatan denganku yang masih belum menemukan apa yang mereka cari. PEKERJAAN.. Tambahan sebagai graduan, menjadi bahan jika masih belum menemuka pekerjaan yang sepatutnya apa lagi yang bergelar graduan kelas pertama. Rezeki ada di mana-mana. Yang utama, niat diluruskan dan hati diikhlaskan, InsyaAllah, keseronokkan akan timbul dalam menjalankan tugas yang diterima.


Kerana senyuman mereka, penawar keletihanku. Kerana telatah mereka, ku masih kekal di sini.. Guru buat si kecil....