29 March, 2014

You can count on me

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I’ll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can’t see
I’ll be the light to guide you
Find out what we’re made of
What we are called to help in need
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what we
Are supposed to do.. 
If you toss and you turn and you just can’t fall asleep
I’ll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind yo
u
Find out what we’re made of
What we are called to help in need
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what fwe
Are supposed to do...
You’ll always have my shoulder when you cry
I’ll never let go, never say goodbye
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what we
Are supposed to do...
You can count on me ’cause I can count on you... 

27 March, 2014

Menara Gadingku


           3 Julai 2010, bergelar mahasiswi ijazah kepujian Matematik. Mendapat tempat di Universiti Putra Malaysia, Kampus Serdang.. Walaupun bukan pilihan utama (UPSI), Alhamdulillah, masih menyambung dalam bidang yang diminati  dari bangku sekolah lagi. Bakal menempuh zaman yang baru, bi'ah yang baru dan cabaran yang menuntun hati agar tabah dalam menimba ilmu, bak kata orang, mencari ilmu biarlah sehingga ke negeri China..InsyaAllah moga Allah S.W.T memimpin dan menjaga diri ini walau di mana pun berada.


Sukar digambarkan pengalaman tatkala keazaman menuntut ilmu yang lebih tinggi dan meluas. Persaingan semakin sengit, cendekiawan yang lahir sehingga ke hari ini makin bertambah. Namun, itu bukan faktor penghalang seseorang dalam meraih ilmu yang bermanfaat dan diberkati. Selalu diingatkan, diri ini bukan dari sosok keluarga yang senang. Diri ini menjadi tunjang buat keluarga tersayang yang tidak putus berdoa moga kejayaan menanti di penghujungnya. Pernah putus asa sewaktu baru semester pertama di matrikulasi. Kegagalan pertama waktu itu, yang selama ini belum pernah dirasai di bangku sekolah benar-benar mematahkan semangat yang ada. Tetapi, kerana memikirkan masa depan keluarga, di mana diri ini akan berdiri 10 tahun lagi, kukuatkan diri, menimba ilmu selagi boleh..

           Ayah bekerja siang dan malam demi menyara keluarga, sehingga tidak terdaya melihat susuk tubuh yang makin dimamah usia mengerah keringat demi keluarga yang disayangi. Kulitnya yang kian hari dimakan sinaran mentari, keringat yang keluar,,Ya Allah, Engkau jadikanlah ayahanda tercinta orang yang paling bahagia di dunia dan akhirat... Buat ibunda, sokongan yang diberikan tanpa mengenal siang dan malam, membuatkan diri ini terlalu terhutang budi kepadanya. Dialah lilin yang membakar jiwa ini,, Dialah permata di hati ini, Kesusahan yang dirasai tidak dibiar jelas di raut wajahnya yang kian meningkat usianya. Dirimu pernah sakit, hatimu pernah dilukai dengan kerenah anak-anakmu.. Namun, dirimu tabah demi keluargamu..Diri ini memang bukan yang terbaik, tetapi akan kuusahakan agar dirimu memiliki seorang anak yang solehah..peneman suka dan dukamu..mengisi kekosongan di hari-harimu,..kekuatan yang dimiliki dalam diri ini adalah dari kekuatan ayahanda dan ibunda...

          InsyaAllah, berbaki 3 bulan lagi, diri ini bakal menamatkan pengajian..niat agar menyambung pelajaran di peringakat sarjana dan kedoktoran itu masih ada, namun diri ini mendahulukan mencari rezeki agar tidak dilihat lagi ayahanda yang bertungkus lumus mencari rezeki,,biarkan anakmu ini mengambil alih tugasmu..kerana yang hanya kumahukan, ayahanda dan ibunda sihat dan bahagia...keazaman dalam menceburkan diri dalam bidang pendidikan makin membara. biarlah bermula dari bawah, asalkan pengalaman-pengalaman berharga dapat diraih setimpal dengan apa yang diusahakah. InsyaAllah...




Tahun pertama(kanan) dan tahun terakhir (kiri)

26 March, 2014

Terindah...R.I.P my dear cats



         Kesempatan menjaga 7 ekor anak kucing yang kehilangan ibu sangat terindah bagi diri ana. Ana belajar erti kasih sayang, tanggungjawab, diberi peluang merasai bagaimana menjaga tanggungjawab yang banyak. Bukan mudah memastikan kesemuanya sihat. Namun, setiap yang hidup pasti akan pergi...

         Kittun, Jaja, Pinky dan si kecil pergi dahulu tanpa ana di sisi.. sejak umur mereka masih seminggu lebih, ana menjaganya.. sehingga sanggup membawa pulang bersama ke kampung halaman demi menjaganya, tanpa memisahkan mereka. Selama 2 bulan cuti semester, masa banyak dihabiskan bersama mereka...memberi minum, 7 ekor sekali gus..rindu dengan keletah ketujuh-tujuh ekor kucing yang membawa rahmat dalam hidup ana.

         Rindu mendengar bunyi ketujuh-tujuh loceng tatkala mereka bergurau sesama mereka.. ada masa apabila kehabisan bekalan minuman untuk diberikan pada mereka, hanya air masak yang dapat diberi, pilu menyelinap bagaikan ana merasai apa yang dirasai mereka..sungguh indah perasaan yang hadir dariNya...Allah, jika diberi kesempatan untuk ana menjaga lagi sebilangan kucing seperti ini, ana mohon berilah kesihatan yang baik pada mereka..

Kini, tumpuan ana pada lulu, rara dan pearl..InsyaAllah,,moga dipermudahkan..


Kronologi Ghazwah Badar Al-Kubra

Ghazwah Badar Al-Kubra (Perang Badar Besar)

Tujuan:    Untuk mendapatkan semula harta yang telah dirampas oleh kaum Quraisy semasa berada di                             Makkah.

Masa  :     Sekitar Tahun 2-5H

Keistimewaan : Peperangan pertama disertai para malaikat pimpinan Jibril

Kronologi :

1) Rasulullah S.A.W mendapat maklumat kafilah dagangan Quraisy berada di Al-Udwatul Quswa (selatan             Badar). Tentera Islam diarahkan bergerak ke Badar.

2) Ketika mereka melepasi Al-Udwatul Dunya dan berkhemah di situ, Baginda ditanya oleh Khabbab Bin             Munzir (sahabat yang pakar dalam strategi peperangan), adakah Al-Udwatul Dunya merupakan wahyu dari       Allah S.W.T atau strategi peperangan. Baginda menyatakan ianya ialah strategi peperangan. Khabbab                 mencadangkan agar mereka bergerak ke telaga air yang paling baik dan menimbus telaga-telaga yang lain         agar orang bukan Islam tidak mendapat bekalan air.

3) Pada malam sebelum peperangan, Allah S.W.T telah menurunkan hujan bagi menambahkan bekalan air           umat Islam dan mendatangkan perasaan ngantuk agar mereka berehat setelah mereka bermunajat dan solat       sebagai persiapan bagi kemenangan umat Islam. (rujuk Surah Al-Anfal 8:11)

4) Rasulullah telah bersiap sedia bersama tentera Islam yang lain (antaranya Ali bin Abi Talib, Mus'ab bin            Umar, orang Muhajirin (orang Islam Makkah) dan Ansar (orang Islam Madinah). Antara doa Baginda, "          Ya Allah, kalau tentera ini tewas, Engkau tidak akan disembah lagi." Abu Bakar yang menemani Baginda           pada malam itu merasakan kasihan.

5) Semasa persediaan barisan peperangan, salah seorang daripada sahabat Baginda bertindak keterlaluan                 sehingga menimbulkan kemarahan para sahabat yang lain. Dia meminta agar Rasulullah diqisaskan kerana         Baginda telah meyakitinya dengan tongkat ekoran perutnya yang terkedepan. Lalu dia mencium belakang         badan Rasulullah S.A.W hanya untuk mendapatkan keberkatan daripada tubuh baginda sekiranya dia syahid     dalam peperangan tersebut.

6) Keesokkannya, peperangan bermula secara satu lawan satu. Di barisan tentera Islam terdiri daripada Hamzah,     3 pahlawan Ansar iaitu Muaz bin Afra', Auf bin Afra' dan Abdullah bin Rawahah. Hamzah berjaya                 menewaskan Aswad bin Abdul Asad dengan memenggalkan kaki dan kepalanya. 3 pahlawan Ansar tadi             ditukarkan kepada 3 pahlawan dari Quraisy iaitu Ubaidah bin Harith bin Abdul Muttalib, Ali bin Abu Talib     bin Abdul Muttalib (sepupu) dan Hamzah bin Abdul Muttalib (bapa saudara).atas permintaan Utbah bin         Rabi'ah, Walid bin Utbah (anak) dan Syaibah bin Rabi'ah (sauudara). Ubaidah dibantu Hamzah dan Ali           untuk membunuh Utbah setelah mereka menewaskan Walid dan Syaibah.

7) Tentera Islam diarahkan melutut dan menunggu kemaraan tentera bukan Islam. Apabila tentera bukan             Islam mula menyerbu, mereka mara secara serentak dan menggunakan perisai ketika dipanah. Tetapi 2 anak     panah mengenai Umar (seorang hamba) dan Harithah bin Suraqah. Mereka syahid. Ibu Harithah yang             dalam kesedihan kembali tenang apabila Rasulullah menjanjikan syurga Firdaus bagi anaknya.

8) Ketika peperangan berlaku, Rasulullah sempat memberi khabar gembira buat tentera Islam bahawa mereka       tidak terlepas dari kehidupan di syurga dan Baginda kembali ke khemah untuk sembahyang dan berdoa.             Baginda terlena seketika dan dalam lena Baginda, Baginda didatangi malaikat Jibril dan 1000 malaikat               membawa perkhabaran gembira. Seusai Baginda terjaga dari lena, Baginda memberi perkhabaran gembira           kepada Abu Bakar dan Baginda mengambil segenggam pasir lalu dilontarkan ke arah tentera Quraisy                 dan berdoa sehingga mata mereka dimasuki habuk pasir tersebut.

9) Lontaran itu adalah atas pertolongan Allah S.W.T (rujuk surah Al-Anfal 8:17). Akhirnya kemenangan           berpihak kepada tentera Islam dan orang Quraisy mula beriman kepada Allah S.W.T..



17 March, 2014

Mujahadah Bagiku

                " Mujahadah itu memang pahit, tapi dipengakhiran pasti terasa kemanisannya."

Coretan 1:
   
          Siapa tidak mahu mengecapi kebahagiaan dan kesenangan di dunia dan akhirat. Di dunia, memiliki ketenangan hati, dipermudahkan segala urusan seharian dan menjalani proses kehidupan sebagai hambaNya, umat Nabi Muhammad S.A.W.  Nikmat syurga yang dijanjikan Allah SWT buat hambanya yang ditentukan ketika hari penghisaban di akhirat kelak, meniti titian sirahtulmustaqim dengan mudah dan sampai ke penghujungnya serta bertemu Rasulullah S. A.W yang tidak jemu mendoakan umatnya daripada dicengkam kekufuran.

           Bukan mudah untuk mengecapi semua itu dengan sekelip mata, melainkan dengan ketaatan kepada segala perintah dari yang Maha Esa, mencintai Rasulullah S.A.W sebagai pesuruh Allah S.W.T yang diutuskan wahyu untuk memimpin umatnya, anak cucu Nabi Adam a.s. dan mengikut segala sunnahnya lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. MUJAHADAH....Ya, mujahadah itu perlu untuk mengecapi semua itu dan menjadi hambaNya yang dikasihi. Biar pun secara perlahan, asalkan istiqamah dengan apa yang dilakukan demi ganjaran di akhirat kelak.

           Penghijrahan memang memerlukan perngorbanan dari segi masa, wang dan tenaga. Kenapa masa perlu dikorbankan? Macam mana ia dikorbankan? Naa..apabila kita mahu kepada kebaikan, kita akan fokus pada apa yang kita inginkan dan melupakan perkara-perkara yang lagha.

           Allahurabbi...Dalam meneruskan mujahadah sebagai hambaMu, begitu banyak cabaran yang ditempuhi..Kawalan terhadap penampilan, akhlak, pemikiran, lisan dan qalbun perlu dijaga dalam mencapai kesempurnaan dalam proses mujahadah. Sebagai muslimah, penampilan individu sebagai muslimah mencerminkan agama Islam itu sendiri. Muslimah ibarat ikon Islam. Jika penampilan dijaga sehingga hanya bahagian yang dibenarkan syarak sahaja dipamerkan dalam khalayak ramai, sudah pasti agama lain memandang tinggi akan kesempurnaan Islam itu sendiri. Allah..Allah..Allah...

       Berjinak-jinak menutupi bahagian tangan dan kaki dari dilihat yang bukan muhrim sangat mudah tetapi tidak ramai yang mampu istiqamah melindunginya sehingga akhir hayat..Dari tudung yang difesyenkan, bertukar ke tudung yang dibenarkan syarak. Faktor bi'ah sangat mempengaruhi proses ini. Perkataan "ustazah" , " alim" dan sebagainya hanyalah pada pandangan manusia, yang perlu diambil cuma pandangan Sang Pencipta..Jika mahu ganjaran di sana, pengorbanan perlu dilakukan. Janji Allah S.W.T itu pasti. Bukankah indah jika bertutup? I care about my aurah.

      Ada pandangan yang menyatakan," aurat bukan main tertutup, tapi akhlak tak melambangkan yang sebenarnya." Ya, mungkin ada muslimah yang sebegitu, tetapi apakah mereka tahu disebalik proses penghijrahannya dari segi pemakaian dan auratnya? Bukan semua muslimah dilahirkan terus bertutup rapi. Bantulah mereka, bukan memperlekehkan diri mereka hanya kerana mereka bertutup tetapi berkelakuan yang tidak menyenangkan. Kesal apabila kata-kata sedemikian dilemparkan kepada kami, golongan muslimah. Tempiasnya mengenai muslimah lain yang sangat menjaga peribadinya..Janganlah begitu, wahai masyarakat di luar....