Coretan 1:
Siapa tidak mahu mengecapi kebahagiaan dan kesenangan di dunia dan akhirat. Di dunia, memiliki ketenangan hati, dipermudahkan segala urusan seharian dan menjalani proses kehidupan sebagai hambaNya, umat Nabi Muhammad S.A.W. Nikmat syurga yang dijanjikan Allah SWT buat hambanya yang ditentukan ketika hari penghisaban di akhirat kelak, meniti titian sirahtulmustaqim dengan mudah dan sampai ke penghujungnya serta bertemu Rasulullah S. A.W yang tidak jemu mendoakan umatnya daripada dicengkam kekufuran.
Bukan mudah untuk mengecapi semua itu dengan sekelip mata, melainkan dengan ketaatan kepada segala perintah dari yang Maha Esa, mencintai Rasulullah S.A.W sebagai pesuruh Allah S.W.T yang diutuskan wahyu untuk memimpin umatnya, anak cucu Nabi Adam a.s. dan mengikut segala sunnahnya lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. MUJAHADAH....Ya, mujahadah itu perlu untuk mengecapi semua itu dan menjadi hambaNya yang dikasihi. Biar pun secara perlahan, asalkan istiqamah dengan apa yang dilakukan demi ganjaran di akhirat kelak.

Allahurabbi...Dalam meneruskan mujahadah sebagai hambaMu, begitu banyak cabaran yang ditempuhi..Kawalan terhadap penampilan, akhlak, pemikiran, lisan dan qalbun perlu dijaga dalam mencapai kesempurnaan dalam proses mujahadah. Sebagai muslimah, penampilan individu sebagai muslimah mencerminkan agama Islam itu sendiri. Muslimah ibarat ikon Islam. Jika penampilan dijaga sehingga hanya bahagian yang dibenarkan syarak sahaja dipamerkan dalam khalayak ramai, sudah pasti agama lain memandang tinggi akan kesempurnaan Islam itu sendiri. Allah..Allah..Allah...
Berjinak-jinak menutupi bahagian tangan dan kaki dari dilihat yang bukan muhrim sangat mudah tetapi tidak ramai yang mampu istiqamah melindunginya sehingga akhir hayat..Dari tudung yang difesyenkan, bertukar ke tudung yang dibenarkan syarak. Faktor bi'ah sangat mempengaruhi proses ini. Perkataan "ustazah" , " alim" dan sebagainya hanyalah pada pandangan manusia, yang perlu diambil cuma pandangan Sang Pencipta..Jika mahu ganjaran di sana, pengorbanan perlu dilakukan. Janji Allah S.W.T itu pasti. Bukankah indah jika bertutup? I care about my aurah.
Ada pandangan yang menyatakan," aurat bukan main tertutup, tapi akhlak tak melambangkan yang sebenarnya." Ya, mungkin ada muslimah yang sebegitu, tetapi apakah mereka tahu disebalik proses penghijrahannya dari segi pemakaian dan auratnya? Bukan semua muslimah dilahirkan terus bertutup rapi. Bantulah mereka, bukan memperlekehkan diri mereka hanya kerana mereka bertutup tetapi berkelakuan yang tidak menyenangkan. Kesal apabila kata-kata sedemikian dilemparkan kepada kami, golongan muslimah. Tempiasnya mengenai muslimah lain yang sangat menjaga peribadinya..Janganlah begitu, wahai masyarakat di luar....
No comments:
Post a Comment