16 April, 2014

Pahit Manis Bersama



Love u, Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kedua (2012/2013)

Kian menghampiri penghujung dunia kampus. SubhanaAllah, memori tercipta sememangnya akan disimpan sehingga ke akhir hayat. Berbeza latar pendidikan, berbeza pandangan, berbeza idea namun tetap kukuh sebagai sebuah keluarga. Merekalah abang, kakak, adik, sahabat, rakan seperjuangan dan rakan sekerja. 


      Rakan sekerja yang sentiasa membantu, kerap masa diluangkan bersama demi memikirkan keselamatan dan kebajikan kolegiat. Dikala jatuh, dia membangunkan. Di kala susah dan senang bersama. Sangat komited, serius dalam isu  keselamatan. Kagum dan beruntung mendapat rakan sekerja sepertinya.
Jika ada yang jatuh, yang lain bersama-sama bangkit. Masalah yang membebankan fikiran dikongsi bersama. Satu penyelesaian hadir. Satu kerisauan hilang. Yang belum pernah berkenalan, disatukan dibawah satu kepemimpinan. Bukan sekadar masalah kerja, masalah yang agak peribadi juga turut mendapat perhatian mereka. Kata-kata yang menenangkan tatkala dilanda pelbagai cubaan.
 


Berpakaian koporat putih, berjalan seiring bersama tetamu, memiliki tempat istimewa berbanding pelajar lain, keistiemewaan yang adakalanya tidak pernah terduga. Namun tak semua tahu dan memahami amanah yang kami galas, Menjadi sandaran dalam menjamin kecemerlangan dan kesepaduan pelajar.


Warna warni kami, kami yang mencorakkan sendiri. Dengan hadirnya insan-insan ini, kehidupan ana di kolej bertambah ceria. Ibarat keluarga kedua...


 Kini, amanah diberikan kepada yang terpilih. Berakhir sudah khidmat kami, Sememangnya,ana merindukan waktu bersama dahulu kerana tidak mungkin kenangan bersama mereka akan sama dengan kenangan lain. Terima kasih semua..






No comments:

Post a Comment